AGENDA

Wanita terjun sungai elak ditahan ditemukan lemas

22 Jan 2023, 10:01 AM
Wanita terjun sungai elak ditahan ditemukan lemas

KUANTAN, 22 JAN: Wanita yang terjun ke Sungai Belat berhampiran Jeti Tanjung Punai di sini petang semalam ditemukan lemas di sungai itu hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mayat wanita berusia 42 tahun itu ditemukan pada 11.36 pagi kira-kira 50 meter dari lokasi dia dikatakan terjun ketika melarikan diri dari serbuan operasi narkotik di kawasan tersebut.

"Kejadian disaksikan oleh seorang lelaki Rohingya yang cuba menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya kerana air pasang dan arus deras," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan keterangan anak lelaki mangsa, wanita itu didapati mempunyai masalah ketagihan dadah dan kerap ke lokasi berkenaan untuk melepaskan gian.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619