AGENDA

KPM siasat dakwaan pemberian wang bantuan sekolah tidak ikut kadar ditetapkan

20 Jan 2023, 1:20 PM
KPM siasat dakwaan pemberian wang bantuan sekolah tidak ikut kadar ditetapkan

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyiasat dakwaan berhubung pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang tidak mengikut kadar ditetapkan.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan hal ini susulan daripada video yang tular melalui aplikasi TikTok membabitkan seorang ibu kepada tiga anak yang belajar di sekolah sama, tetapi menerima jumlah bayaran BAP berbeza.

“KPM akan menyiasat perkara itu dengan kerjasama pihak yang terlibat bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan agar tindakan yang tegas dapat dilaksanakan sekiranya wujud kebenaran seperti yang didakwa,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memohon kerjasama semua murid, ibu bapa atau penjaga untuk membuat aduan secara rasmi melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM atau menghubungi talian 03-8884 6456.

Kenyataan itu menyebut semua butiran pengadu akan dirahsiakan demi menjaga kebajikan pihak yang membuat aduan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619