AGENDA

Polis tahan empat lelaki, rampas rokok seludup bernilai lebih RM10 juta

19 Jan 2023, 6:53 AM
Polis tahan empat lelaki, rampas rokok seludup bernilai lebih RM10 juta

KUALA LUMPUR, 19 JAN: Polis merampas sebanyak 143,950 karton rokok tidak bercukai bernilai RM10,864,000 dari sebuah stor di Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh dekat sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 12.15 tengah hari itu turut menahan empat lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 30 tahun yang bertindak sebagai transporter dan penjaga stor.

"Hasil serbuan, polis merampas 122,750 karton rokok jenama La Black dan 21,200 karton rokok jenama La Light yang tidak bercukai kastam. Turut dirampas sebuah Perodua Myvi dan dua lori jenis Mitsubishi dan Datsun.

"Rokok ini ditempatkan di stor berkenaan dan ia akan dihantar ke mana-mana rangkaian atau kedai oleh suspek setelah mendapat permintaan daripada penjual melalui aplikasi media sosial," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata sumber bekalan rokok itu juga sedang disiasat dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang akan menentukan nilai rampasan selepas cukai.

"Siasatan awal mendapati keempat-empat suspek yang kini direman sehingga 23 Januari ini mengaku terlibat dalam kegiatan tersebut sejak Januari tahun lepas. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619