AGENSI

22 rumah anak yatim Yide terima sumbangan set kelengkapan sekolah

6 Jan 2023, 4:41 AM
22 rumah anak yatim Yide terima sumbangan set kelengkapan sekolah

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 6 JAN: Sebanyak 22 rumah anak yatim di bawah seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menerima sumbangan set kelengkapan sekolah bernilai RM212,000 daripada Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR).

Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan Yide Md. Arifin Jaafar memberitahu sumbangan sempena program Jom ke Sekolah 2023 itu diserahkan oleh wakil CSR, Mustafa Akmal Arifin, baru-baru ini.

"Kerjasama Yide dan CSR diteruskan lagi tahun ini dan alhamdulillah telah masuk tahun ke-4.

"Yide mengucapkan terima kasih atas kecaknaan CSR dalam menyantuni anak-anak yatim," kata beliau menerusi Facebook.

Menurut Md. Arifin, pada tahun ini sebanyak 1,201 orang anak anak yatim menerima manfaat kelengkapan Jom Ke Sekolah dan manakala 1,010 anak yatim lagi menerima manfaat tambahan tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Yide merupakan anak syarikat di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal anak yatim, pengurusan musibah dan perkhidmatan hemodialisis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619