AGENDA

Cucu pemenang tilawah al-Quran antarabangsa juarai pertandingan di Algeria

30 Dis 2022, 7:44 AM
Cucu pemenang tilawah al-Quran antarabangsa juarai pertandingan di Algeria

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 30 DIS: Qari cilik dari Melaka muncul juara Musabaqah Tilawah al-Quran Mazamir Dawud Edisi Ke-7 kategori bawah 15 tahun yang berlangsung di Algeria.

Ahmad Azfar Azraie, 10, yang juga cucu johan empat kali tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, Datuk Abdul Hak Abdullah menceburkan diri dalam tilawah sejak berusia empat tahun, lapor Harian Metro.

"Sejak umur empat tahun lagi, selepas solat Maghrib saya mempelajari dan melagukan al-Quran daripada ayah, ibu dan adik beradik yang lain.

"Apabila memasuki alam persekolahan pula, pada sebelah siang, saya lebih fokuskan pada ilmu akademik dan mendalami al-Quran selepas solat Maghrib," katanya.

Bapa Ahmad Azfar, Azraie Abdul Hak, 42, dan ibunya, Sarrul Munirah Haris, 39, pernah muncul juara tilawah al-Quran di peringkat antarabangsa pada 2018 dan 2014.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619