ADN

Penduduk digesa rakam gambar pihak buang sampah merata di DUN Sentosa

22 Dis 2022, 8:18 AM
Penduduk digesa rakam gambar pihak buang sampah merata di DUN Sentosa

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 22 DIS: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa diminta merakam gambar individu atau pihak tertentu membuang sampah merata-rata supaya tindakan boleh diambil ke atas mereka.

Ahli Dewan Negerinya Dr G Gunaraj yang kecewa dengan keadaan itu berkata orang ramai boleh menyerahkan rakaman tersebut kepada pihaknya supaya mereka terlibat dapat dikesan seterusnya dilaporkan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk dikenakan kompaun.

"Ini masalah di Taman Sentosa dan Klang Jaya apabila sampah dibuang merata tempat dan berulang di longkang dan tanah kosong walaupun sudah dikutip.

"Siapa boleh hantar gambar mereka yang buang sampah kepada saya, kita akan cari sampai dapat dan bawa kepada MPK untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu klip video menerusi Facebook hari ini.

Gunaraj memberitahu sampah dibuang di tempat tidak sepatutnya bukan hanya mencacatkan pemandangan tetapi dibimbangi menyebabkan banjir apabila longkang tersumbat.

"Kebanyakannya adalah sampah domestik yang sepatutnya dibuang di kawasan rumah atau kedai supaya pihak berwajib dapat mengutip setiap tiga kali seminggu," ujarnya.

Beliau menyarankan agar masyarakat mengamalkan kebersihan dengan membuang sampah di tempat yang sesuai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619