AGENDA

Pantai timur dijangka alami hujan sangat lebat berterusan hingga Rabu

18 Dis 2022, 3:26 PM
Pantai timur dijangka alami hujan sangat lebat berterusan hingga Rabu

KUALA LUMPUR, 18 DIS: Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan sangat lebat berterusan hingga Rabu ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia, dalam kenyataan malam ini, memaklumkan amaran cuaca tahap bahaya itu diramalkan berlaku di seluruh Kelantan serta Terengganu manakala di Pahang melibatkan Jerantut dan Kuantan.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di seluruh Perlis manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling, bagi tempoh yang sama.

Amaran cuaca tahap bahaya itu turut dijangka berlaku di daerah Hulu Perak, Perak sementara bagi Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin.

Sementara itu, MetMalaysia juga memaklumkan cuaca hujan berterusan tahap waspada di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah dan seluruh Pulau Pinang hingga Rabu ini.

Selain itu, amaran tahap waspada itu dijangka berlaku di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar); Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619