AGENDA

Tragedi Batang Kali: Ibu hampir rebah, hilang empat ahli keluarga

18 Dis 2022, 7:35 AM
Tragedi Batang Kali: Ibu hampir rebah, hilang empat ahli keluarga

SUNGAI BULOH, 18 DIS: Seorang ibu yang kehilangan empat ahli keluarganya dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali kelihatan terlalu sedih dan lemah untuk berjalan, malah hampir rebah, selepas proses menuntut mayat mereka di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini.

Beh Su Lee, 59, dari Sabak Bernam terpaksa dipimpin ahli keluarga untuk menuju ke kereta ketika meninggalkan Jabatan Forensik hospital itu.

Wanita itu berkata beliau kehilangan anak perempuan berusia 35 tahun, menantu lelaki (34) dan dua orang cucu iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berusia enam dan satu tahun, dalam kejadian awal pagi Jumaat itu.

“Semalam saya sudah jumpa (camkan) tiga mayat. Hari ini saya jumpa (cam) lagi satu,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan hospital.

Beberapa minit sebelum Beh keluar dari Jabatan Forensik kelihatan dua buah van syarikat pengebumian meninggalkan jabatan tersebut, dipercayai membawa mayat empat ahli keluarga Beh.

Setakat ini 24 mangsa telah disahkan terkorban dengan sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619