EXCO

Negeri agih lebih RM500,000 bantu 55 rumah ibadat sempena Krismas

14 Dis 2022, 2:55 AM
Negeri agih lebih RM500,000 bantu 55 rumah ibadat sempena Krismas
Negeri agih lebih RM500,000 bantu 55 rumah ibadat sempena Krismas
Negeri agih lebih RM500,000 bantu 55 rumah ibadat sempena Krismas

PETALING JAYA, 14 DIS: Sebanyak RM593,460 disumbangkan kepada 55 rumah ibadat agama Kristian di Selangor sempena sambutan Krismas dan rumah terbuka peringkat Selangor, semalam.

EXCO Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Limas) Hee Loy Sian berkata jumlah sumbangan terbabit diagihkan bergantung kepada keperluan masing-masing sama ada untuk perbelanjaan program atau pembangunan seperti baik pulih rumah ibadat.

"Malah, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi Kerajaan Negeri juga berjaya menyelesaikan 397 isu tanah berkaitan rumah ibadat agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao sehingga tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Krismas dan rumah terbuka peringkat Selangor di Dewan Sivik MBPJ di sini malam tadi.

Turut hadir dan merasmikan majlis Dato' Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_555353" align="aligncenter" width="730"] Kanak-kanak menerima hadiah daripada Santa Klaus di Rumah terbuka sambutan perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor 2022 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 13 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Loy Sian berkata penganjuran sambutan perayaan itu mampu mengetengahkan Selangor sebagai sebuah negeri yang harmoni dengan kerjasama erat daripada pelbagai kaum dan agama.

"Ini bukan sahaja mampu meningkatkan kefahaman tentang kepercayaan masyarakat lain malah signifikasi kepelbagaian budaya di Malaysia, yang merupakan antara tonggak utama negara ini.

"Usaha ini selaras dengan Kempen Pusing Selangor Dulu! yang menekankan kepada pelancongan domestik yang disokong teguh oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama," katanya.

[caption id="attachment_555402" align="aligncenter" width="737"] Rumah terbuka sambutan perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor 2022 di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 13 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, lebih 3,000 individu pelbagai kaum menghadiri sambutan Krismas dan rumah terbuka peringkat Selangor dari jam 6 petang hingga 10.30 malam tadi.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan menarik daripada pemain biola, Dr Joanne Yeoh dan kumpulan koir FGT Church Choir, GA611 Church, Roman Catholic Church dan Kaya Band.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619