AGENSI

SUK anjur hari e-pelanggan esok, mudahkan orang awam kemuka aduan

14 Dis 2022, 1:41 AM
SUK anjur hari e-pelanggan esok, mudahkan orang awam kemuka aduan

SHAH ALAM, 14 DIS: Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri menganjurkan program e-pelanggan Khamis ini sebagai platform untuk orang awam berinteraksi dengan pihak pentadbiran.

Program Siri 2/2022 secara dalam talian bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari itu memberi peluang semua pihak mengemukakan soalan atau cadangan mengenai skim ditawarkan Kerajaan Negeri.

Antaranya Kasih Ibu Smart Selangor, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), Skim Air Darul Ehsan, Dana Bantuan Guaman Selangor, Skim Mesra Usia Emas dan baucar sempena perayaan.

Maklumat lanjut boleh didapati di pautan https://epelanggan.selangor.gov.my/ atau khidmatpelanggan@selangor.gov.my atau hubungi 03-55447000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619