AGENDA

2,100 pusat akses WiFi, jamin penduduk desa rasa arus teknologi

13 Dis 2022, 5:44 AM
2,100 pusat akses WiFi, jamin penduduk desa rasa arus teknologi

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 13 DIS: Sebanyak 2,100 pusat akses perkhidmatan WiFi baharu bakal dibangunkan tahun depan bagi memastikan rakyat di desa dapat merasa arus teknologi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu dilaksanakan menerusi peruntukan sebanyak RM5.93 juta.

"Meskipun Wifi Percuma Smart Selangor diperkenalkan pada 2015, jurang digital bandar dan desa masih ada.

"Selangor 2023 akan membangunkan sebanyak 2,100 pusat akses baru dengan peruntukan RM5.93 juta agar rakyat di desa dapat merasa arus teknologi," katanya menerusi Facebook.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Amirudin berkata sebanyak 373 kampung tradisional bakal menerima perkhidmatan WiFi bagi mengurangkan jurang digital antara bandar dan desa pada tahun depan.

Menerusi inisiatif WiFi percuma khas untuk desa, ia bertujuan meluaskan capaian internet di kawasan luar bandar dengan sasaran adalah balai raya, pusat komuniti, masjid dan surau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619