AGENDA

Terowong Smart dibuka semula selepas ditutup lebih dua jam

11 Dis 2022, 12:07 AM
Terowong Smart dibuka semula selepas ditutup lebih dua jam

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Terowong Lebuhraya Smart kembali beroperasi selepas ditutup lebih dua jam susulan hujan lebat di Lembah Klang sejak 5 petang semalam.

Pusat Kawalan Banjir Smart (Smart SCC) dalam kenyataan malam ini memaklumkan, sistem telah kembali ke Mod 2b dan proses pembukaan terowong trafik bermula pada 9.30 malam manakala Mod 1 pada 10.10 malam.

“Sepanjang operasi, sebanyak 910,000 meter padu air telah dilencongkan dari Sungai Klang dan Sungai Ampang ke Kolam Takungan Berembang bagi mengawal aliran air Sungai Klang ke pusat bandar raya,” menurut kenyataan itu.

Smart SCC telah mengaktifkan operasi banjir untuk Mod 2 pada 6.51 petang apabila aliran air di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Ampang mencapai 70 meter padu sesaat (m3/s).

Seterusnya Smart SCC mengaktifkan operasi banjir untuk Mod 3 pada 7.13 malam setelah aliran air di pertemuan di Sungai Klang dan Sungai Ampang mencapai 150 m3/s.

Semasa operasi mod itu, proses penyuraian dan penutupan terowong trafik dilaksanakan oleh Smart MCC.

“Petugas JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) di Smart SCC telah berjaya menjalankan tugas sepertimana SOP (Tatacara Operasi Piawai) dan berjaya menangani risiko banjir dari berlaku,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619