AGENDA

700 tonton hari pertama teater sejarah Klang di Istana Budaya

9 Dis 2022, 1:00 AM
700 tonton hari pertama teater sejarah Klang di Istana Budaya
700 tonton hari pertama teater sejarah Klang di Istana Budaya
700 tonton hari pertama teater sejarah Klang di Istana Budaya

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Kira-kira 700 penonton memberi tepukan gemuruh selepas menyaksikan teater Antara Tiga yang mengisahkan sejarah Klang sebagai antara kawasan pemula pentadbiran Selangor di Istana Budaya malam tadi.

Pementasan hari pertama berkenaan menarik perhatian hadirin yang disajikan jalan cerita unik berkaitan tiga sejarah utama daerah itu dari tahun 1025 hingga 1961.

Isteri Dato' Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad, EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah dan beberapa Ahli Dewan Negeri antara yang hadir menyaksikannya.

[caption id="attachment_554508" align="aligncenter" width="721"] Isteri Dato' Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad, EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah dan beberapa Ahli Dewan Negeri tidak melepaskan peluang menonton pementasan hari pertama teater Antara Tiga di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Teater lebih dua jam dijayakan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) diarahkan Muhammad Firdaus Abdul Rahim manakala skripnya ditulis oleh Dr Ahmad Zairy Mohd Soieb.

Menariknya teater dipentaskan sehingga Sabtu itu dibintangi penjawat awam termasuk tenaga produksi dari PADAT, Antara Seni Perkhidmatan Awam dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik.

[caption id="attachment_554507" align="aligncenter" width="683"] Sebahagian sedutan lakonan teater Antara Tiga yang mengisahkan sejarah Klang sebagai antara kawasan pemula pentadbiran Selangor di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Ditemui selepas pementasan itu, Borhan berpuas hati dengan lakonan ditampilkan penghibur terbabit dan berharap penonton dapat mengambil iktibar mesej teater berkenaan.

"Dalam penerbitan teater ini kita ingin mengetengahkan sejarah Klang, ada golongan dan kumpulan telah membangunkannya.

"Saya harap dengan adanya cerita seperti ini dapat menaikkan semangat dan minat anak muda untuk mengetahui sejarah Selangor," katanya.

Individu berminat boleh mendapatkan tiket berharga RM20 menerusi pautan www.ticket2u.com.my

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619