EXCO

Negeri mulakan kerja awalan kurang pencemaran bau di Taman Puncak Jalil

7 Dis 2022, 8:01 AM
Negeri mulakan kerja awalan kurang pencemaran bau di Taman Puncak Jalil
Negeri mulakan kerja awalan kurang pencemaran bau di Taman Puncak Jalil

SHAH ALAM, 7 DIS: Kerajaan Negeri sudah memulakan kerja-kerja awalan di kolam takungan dan tapak sampah haram di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan bagi mengurangkan kesan pencemaran bau.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata kerja pencairan dan rawatan air menggunakan enzim efektif mikrob (EM) dilakukan di kolam takungan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Penggunaan enzim EM bertujuan bagi rawatan air di kolam takungan JPS dan longkang yang berdekatan," katanya menerusi Facebook hari ini.

"Selain itu, kita juga memastikan aliran air larian permukaan tidak memasuki kolam takungan yang sedia ada. Selain itu, menutup aliran air keluar dari tapak sampah Bukit Serdang keluar daripada kolam takungan."

[caption id="attachment_554270" align="aligncenter" width="713"] Kerja pencairan dan rawatan air menggunakan enzim efektif mikrob (EM) giat dilakukan di kolam takungan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi mengurangkan kesan pencemaran bau yang berpunca daripada tapak pelupusan sampah haram di Taman Puncak Jalil. Foto Facebook Ng Sze Han[/caption]

Baru-baru ini, berlaku pencemaran bau sekitar Taman Puncak Jalil berikutan tapak pelupusan sampah haram yang tidak beroperasi sejak dua tahun lalu mula mengalirkan air sisa kumbahan dan meninggalkan bau busuk.

Insiden itu mendapat perhatian Dato' Menteri Besar dan terus mengadakan lawatan ke tapak pelupusan sampah haram itu pada 5 Disember lalu.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan Kerajaan Negeri akan membina ban di tapak pelupusan sampah haram tersebut bagi mengelak air sisa kumbahan mengalir ke kolam berhampiran.

Jelasnya, penyelesaian jangka pendek itu diharap mengurangkan keresahan kira-kira 10,000 penduduk sekitar termasuk Bukit Serdang 5 yang terpaksa menghidu bau busuk saban hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619