AGENDA

JPM: Maklumat tular kenaikan tangga gaji polis palsu

30 Nov 2022, 8:10 AM
JPM: Maklumat tular kenaikan tangga gaji polis palsu

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan kenyataan satu poster yang tular di media sosial bertajuk 'PM-Kenaikan Tangga Gaji PDRM Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat'.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, JPM berkata kenyataan itu adalah palsu.

Sambil menyertakan tangkap layar poster berkenaan, JPM meminta orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

"Tidak pasti, jangan kongsi. Untuk berita sahih boleh rujuk akaun media sosial rasmi JPM melalui Facebook; Twitter; Instagram dan TikTok,” menurutnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619