AGENDA

17 pekerja kilang alami gejala mual akibat terhidu gas nitrogen bocor

17 Nov 2022, 6:44 AM
17 pekerja kilang alami gejala mual akibat terhidu gas nitrogen bocor

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Seramai 17 pekerja kilang pemprosesan makanan sejuk beku di Subang Jaya, Selangor mengalami gejala mual akibat terhidu gas nitrogen yang bocor di premis berkenaan, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.33 pagi dan tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Subang digegaskan ke lokasi bagi memberi bantuan awal.

Beliau berkata tindakan awal dilakukan dengan menutup injap paip utama saluran gas dan mengarahkan semua pekerja keluar dari lokasi itu.

“Semua pekerja terlibat berusia 30-an dilaporkan stabil namun dua daripadanya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata setakat ini Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian.

BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619