AGENSI

MAIS agih kutipan fidyah kepada 225 penerima

16 Nov 2022, 4:30 AM
MAIS agih kutipan fidyah kepada 225 penerima

SHAH ALAM, 16 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM27,000 kepada 225 penerima semalam.

Penerima menerima barangan kotak makanan berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, bihun, gula, tepung gandum, kicap manis dan susu pekat manis.

"Terdapat 42 tempat agihan iaitu semuanya di daerah Petaling dan agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya Masjid Al-Irsyad USJ1, Masjid Bandar Utama Damansara, Masjid At-Taqwa Desa Subang Permai Selangor serta lokasi lain," kata kenyataan menerusi Facebook MAIS.

MAIS mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah seterusnya sumbangan yang diberikan itu dapat membantu meringankan bebanan golongan memerlukan.

Bagi mereka yang belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah boleh berbuat demikian secara atas talian melalui e-MAIS atau klik pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619