AGENDA

Peruntukan besar, program Islam subur bukti DAP tidak kuasai HARAPAN

15 Nov 2022, 9:30 AM
Peruntukan besar, program Islam subur bukti DAP tidak kuasai HARAPAN
Peruntukan besar, program Islam subur bukti DAP tidak kuasai HARAPAN

OLEH ALANG BENDAHARA

BANGI, 15 NOV: Peruntukan tinggi untuk hal ehwal agama Islam dan suburnya kegiatan keagamaan di Selangor bukti Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan dikuasai DAP sebagaimana tohmahan pihak tertentu.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Bangi Syahredzan Johan juga yakin pengundi terutama di negeri ini tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas itu meski ia sering diulang-ulang pihak lawan.

“Kita boleh nampak di Selangor, semua masjid diimarah. Semua masjid dapat peruntukan, tanyalah orang Selangor, mereka semua tahu.

[caption id="attachment_549302" align="aligncenter" width="740"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Bangi Syahredzan Johan ketika berkempen di pasar pagi Kampung Baru Batu 11, Cheras pada 12 November 2022. Foto ALANG BENDAHARA/SELANGORKINI[/caption]

"Di mana kita kurangkan peruntukan untuk agama Islam? Malah, kita semarak lagi apa yang ada, kita beri peruntukan,” katanya ketika berkempen di Pasar Pagi Kampung Baru Batu 11, Cheras pada 12 November.

Menegaskan dakwaan larangan azan di masjid dan surau sebagai tidak benar sama sekali, Syahredzan berkata pimpinan HARAPAN termasuk DAP berulang kali memberi penjelasan terhadap fitnah tersebut.

“Ini membuktikan semua ini propaganda untuk memecah belah pengundi Melayu hingga mereka kata kita kurangkan peruntukan, sampai ada orang kata tidak boleh laungkan azan di kawasan bawah DAP.

“Mana ada perkara sebegini, di Bandar Baru Bangi ada banyak masjid dan surau, mana ada azan didiamkan? Sama seperti di Pulau Pinang walaupun kerajaan negeri dikuasai DAP. Ini cuma propaganda tidak berasas fakta,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619