AGENDA

Proses mohon skim insurans percuma mudah, cepat

30 Okt 2022, 11:44 AM
Proses mohon skim insurans percuma mudah, cepat
Proses mohon skim insurans percuma mudah, cepat
Proses mohon skim insurans percuma mudah, cepat

SEPANG, 30 OKT: Hasrat seorang juruteknik memiliki insurans tercapai apabila kini merupakan antara penerima Skim Insurans Am Selangor (INSAN) yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Falliq Ar-Rayyan Fakhrullah, 26, berkata beliau tidak menyangka cubaan memohon insurans tersebut berjaya malah proses permohonannya amat mudah serta cepat.

[caption id="attachment_546740" align="alignleft" width="262"] Falliq Ar-Rayyan Fakhrullah. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI[/caption]

"Saya tidak memiliki perlindungan dengan mana-mana syarikat insurans tetapi memang berhasrat untuk memilikinya namun tiada masa untuk berjumpa ejen.

"Apabila mengetahui Kerajaan Selangor menawarkannya, saya cuba memohonnya dan tidak sangka urusan permohonan senang. Selepas ini, saya akan mohon untuk isteri dan anak pula," katanya kepada SelangorKini pada program Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di sini, hari ini.

Sementara itu, pemandu jentera Basiron Marsinu, 62, berkata beliau tinggal di Kampung Olak Lempit dan datang ke Jelajah Selangor Penyayang untuk mendaftar INSAN.

"Saya datang bersama anak untuk berdaftar skim INSAN kerana tidak ada insurans yang boleh melindungi diri sendiri. Saya tidak sangka proses daftar mudah sahaja.

[caption id="attachment_546741" align="alignright" width="262"] Basiron Marsinu. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI[/caption]

"Saya sarankan masyarakat tidak lepaskan peluang untuk mendapatkan insurans yang ditanggung Kerajaan Negeri kerana ia percuma dan memberi manfaat," katanya.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sijil skim insurans percuma kepada lima penerima sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di KIP Sentral, Kota Warisan.

INSAN yang menawarkan perlindungan insurans am berkumpulan kepada individu berumur dari 30 hari sehingga 80 tahun boleh didaftar mulai 1 Oktober lalu hingga 30 September tahun depan.

Skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion itu memberi perlindungan insurans sehingga RM10,000 bagi kes hilang keupayaan kekal dan kematian disebabkan kemalangan.

Pendaftaran boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi e-dompet Wavpay melalui App Store atau Google Play sementara maklumat lanjut boleh diperoleh melalui pautan www.wavpay.net

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619