AGENDA

MB ucap takziah pemergian ibu Wan Azizah, Anwar batal jelajah ke Sarawak

24 Okt 2022, 2:02 AM
MB ucap takziah pemergian ibu Wan Azizah, Anwar batal jelajah ke Sarawak

SHAH ALAM, 24 OKT: Dato' Menteri Besar mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas pemergian ibunya, Mariah Khamis pagi tadi.

Uacapan sama juga disampaikan Dato' Seri Amirudin Shari kepada dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa membatalkan jelajah beliau ke Sarawak hari ini.

"Takziah diucapkan kepada Dato Seri @anwaribrahim dan Kak Wan @drwanazizah di atas pemergian ibunda tercinta.

"Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman," tulisnya di Twitter.

Terdahulu, ketua pembangkang menerusi Twitter memaklumkan ibu pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang juga isterinya meninggal dunia.

"Solat jenazah dijadualkan pada jam 11.30 pagi ini di Masjid Al Mustaqim, Ampang," tulisnya.

Anwar juga memohon maaf kepada seluruh pimpinan dan penyokong Pakaran Harapan (HARAPAN) Sarawak kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching hari ini.

"Kita ketemu lagi di lain waktu, Insya-Allah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619