AGENDA

RUU Antilompat Parti peluang HARAPAN singkir 'pengkhianat', kata Amirudin

20 Okt 2022, 3:44 AM
RUU Antilompat Parti peluang HARAPAN singkir 'pengkhianat', kata Amirudin

MENTAKAB, 20 OKT: Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti yang diluluskan Dewan Negara memberi peluang kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) menyingkirkan ahli yang lari daripada perjuangan asal.

Pengerusi HARAPAN Selangor Dato' Seri Amirudin Shari berkata RUU yang diperjuang gabungan itu menggembirakan rakyat yang terkesan rentetan peralihan kerajaan melalui Langkah Sheraton.

"Sejak Langkah Sheraton sampai sekarang negara tidak pernah aman, perdana menteri bertukar, menteri silih berganti dan dasar-dasar bercelaru.

"Jadi mungkin ada hikmah kita dikhianati kerana kita ada peluang bersihkan dan lontar pengkhianat. Katak-katak politik kita boleh tenggelam serta hapuskan dalam sejarah politik Malaysia," katanya.

Beliau berucap pada ceramah Jelajah HARAPAN Pahang di pekarangan pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab dekat sini malam tadi.

Pada 28 Julai, RUU Antilompat Parti diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat. Menerusinya, wakil rakyat akan hilang kerusi jika mereka menukar parti.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada ahli parlimen yang dipecat parti atau parti diwakili dibubarkan dan dibatal pendaftaran atau dilantik sebagai ahli Dewan Negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619