AGENDA

Anwar: Pilih pemimpin betul, rampas semula gelaran 'Harimau Asia'

20 Okt 2022, 2:41 AM
Anwar: Pilih pemimpin betul, rampas semula gelaran 'Harimau Asia'

MENTAKAB, 20 OKT: Malaysia mampu merampas semula gelaran 'Harimau Asia' dalam kedudukan ekonomi jika rakyat memilih pemimpin yang betul pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui negara hilang gelaran berkenaan selain kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di belakang Vietnam dan Thailand.

"Semasa saya jadi menteri kewangan, pertumbuhan KDNK sembilan hingga 10 peratus setahun. Pelaburan antarabangsa dan bursa saham nombor satu bersaing dengan Singapura, sekarang (Malaysia) nombor satu rasuah," tegasnya.

Berucap pada Jelajah HARAPAN Pahang di sini malam tadi, beliau turut menyoal kemungkinan calon perdana menteri boleh memperbetul semula keadaan itu dan membawa keyakinan peringkat antarabangsa.

"Tidak boleh cakap bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik tidak mengapa tetapi mesti ada keupayaan menarik perhatian dunia bahawa Malaysia boleh diangkat semula sebagai Harimau Asia," katanya.

Anwar yang juga pengerusi HARAPAN turut menyentuh jurang pendidikan murid sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil yang harus ditambah baik.

Pada masa sama, beliau juga menyuarakan isu kesihatan awam di negara ini yang gagal diurus dengan baik terutama ketika pandemik Covid-19.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619