AGENDA

Ahli Serve Rescue dilatih kemahiran menyelamat, sedia bantu mangsa bencana

17 Okt 2022, 9:49 AM
Ahli Serve Rescue dilatih kemahiran menyelamat, sedia bantu mangsa bencana
Ahli Serve Rescue dilatih kemahiran menyelamat, sedia bantu mangsa bencana

SHAH ALAM, 17 OKT: Sukarelawan Selangor (Serve) Rescue menjadi antara kumpulan pertama membantu mangsa bencana sementara menunggu kedatangan pihak berkuasa, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pasukan terdiri 37 individu itu menjalani latihan lima hari bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi melengkapkan diri dengan kemahiran asas menyelamat.

“Kumpulan pertama ini dilatih dengan beberapa kemahiran antaranya kaedah menyelamat dalam air, cara berdepan suasana mencabar dan pengendalian bot. Bagaimanapun ketika situasi sebenar nanti kita perlu tunggu arahan pihak berkuasa.

“Latihan tidak hanya berhenti setakat ini sebaliknya kita rancang dengan bomba untuk jangka panjang sama ada secara bulanan atau berkala. Ini bertujuan meningkatkan kemahiran ahli,” katanya pada majlis penutup latihan dan kursus Serve Rescue di sini, hari ini.

Amirudin berkata latihan berkumpulan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa supaya lebih ramai individu di negeri ini mempunyai kemahiran menyelamat.

“Pasukan beruniform dan berkuasa juga memerlukan bantuan sumber daya manusia yang berkemahiran ketika berdepan bencana. Pasukan ini berkemampuan serta bersiap sedia membantu mangsa bencana.

“Kadang-kadang ada bantuan yang membebankan pasukan beruniform kerana tidak dilatih dan tidak mahir. Jadi kita tak mahu perkara itu berlaku,” katanya.

Serve Rescue yang sebelum ini dikenali sebagai Serve Elit menjalani latihan asas termasuk bersama Pasukan Penyelamat Dalam Air bagi mengendalikan mangsa banjir. Kerajaan Negeri menyediakan dana RM100,000 bagi penubuhan pasukan berkenaan.

[caption id="attachment_544892" align="aligncenter" width="500"]
Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Amirudin Shari merasmikan majlis penutupan latihan dan kursus Sukarelawan Selangor (Serve) Rescue di Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pada 17 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619