AGENDA

Angin kencang, laut bergelora di perairan Laut China Selatan mulai esok

17 Okt 2022, 8:08 AM
Angin kencang, laut bergelora di perairan Laut China Selatan mulai esok

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan esok hingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Pelawan dan Labuan.

MetMalaysia menasihatkan orang awam di kawasan terlibat supaya lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

"Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui lawan web, aplikasi mobil MyCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia serta talian hotline 1-300-22-1638," menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619