ADN

Program beri petrol percuma dapat sambutan, wakil rakyat cadang anjur lebih kerap

14 Okt 2022, 6:55 AM
Program beri petrol percuma dapat sambutan, wakil rakyat cadang anjur lebih kerap

SHAH ALAM, 14 OKT: Lebih 200 penunggang motosikal menerima petrol percuma menerusi program Jom Isi Minyak Motor Percuma anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Pandan Indah baru-baru ini.

Wakil rakyatnya Ir Izham Hashim bercadang untuk menganjurkan program sama dua minggu sekali memandangkan sambutan baik masyarakat disamping dapat membantu mengurangkan beban rakyat.

"Program seperti ini sentiasa dianjurkan sejak menjadi wakil rakyat disini dan saya terharu dengan sambutan luar biasa penduduk tempatan dan juga dari luar yang hadir ke program ini.

"Insya-Allah, program seperti ini akan diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi mengurangkan sedikit beban terutama kepada penunggang e-panggilan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini," tulisnya di Facebook hari ini.

Program yang berlangsung di Petronas MRR2 Ampang pada 6 Oktober lalu turut mendapat kerjasama Pengerak Belia Selangor Pandan Indah dan aktivis sekitar.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619