ADN

DUN Kinrara agih 650 baucar beli-belah Deepavali Ahad ini

11 Okt 2022, 1:40 AM
DUN Kinrara agih 650 baucar beli-belah Deepavali Ahad ini

SHAH ALAM, 11 OKT: Masyarakat India kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara bakal menerima baucar membeli-belah sempena Deepavali.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata baucar Jom Shopping Deepavali diagihkan kepada 650 penerima yang layak di Giant Bandar Kinrara 5 pada Ahad ini.

“Baucar beli-belah ini terbuka kepada mereka yang bukan penerima manfaat di bawah program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

“Kita harap pemberian baucar ini dapat meringankan beban penerima terutama sempena perayaan Deepavali ini,” katanya ketika dihubungi.

Jom Shopping Raya diperkenal dengan menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat mengikut perayaan masing-masing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619