AGENDA

Tawan litar Jepun, Vestappen dinobat juara dunia F1

9 Okt 2022, 11:17 AM
Tawan litar Jepun, Vestappen dinobat juara dunia F1

ANKARA, 9 OKT: Pemandu Red Bull Racing Max Verstappen menjuarai Grand Prix Formula Satu (F1) Jepun pada Ahad sekali gus dinobatkan juara dunia Formula One 2022.

Pemandu kelahiran Belanda itu memenangi perlumbaan dengan catatan masa 3 jam 1 minit 44.004 saat selepas menamatkan 28 pusingan di Litar Antarabangsa Suzuka, lapor Agensi Anadolu.

"Ia tahun yang istimewa dan perlu dikenang kerana perkara seperti ini tidak selalu berulang,” kata Verstappen.

Pemandu Red Bull, Sergio Perez menduduki tempat kedua dengan perbezaan 27.066 saat manakala pemandu Ferrari, Charles Leclerc menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Verstappen mendahului kedudukan dengan 366 mata manakala Leclerc di tempat kedua dan Perez di tempat ketiga, kedua-duanya berkongsi 249 mata.

Untuk senarai pasukan pula, Red Bull mendahului carta dengan 619 mata, Ferrari di tempat kedua dengan 454 mata dan Mercedes ketiga (387 mata).

Perlumbaan seterusnya akan diadakan di Amerika Syarikat pada 23 Oktober. - BERNAMA

Max Verstappen (tengah) bersama pasukannya Red Bull Racing bergambar dengan piala apabila menjuarai Grand Prix Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun pada 9 Oktober 2022. Foto Facebook Max Verstappen

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619