BERITA UTAMA

Negeri sedia bantuan RM800 bantu pesakit tibi jalani rawatan

2 Okt 2022, 3:08 AM
Negeri sedia bantuan RM800 bantu pesakit tibi jalani rawatan
Negeri sedia bantuan RM800 bantu pesakit tibi jalani rawatan

SHAH ALAM, 2 OKT: Individu yang mengalami batuk berpanjangan lebih dari tiga minggu diiringi kahak berdarah dan susut berat badan disaran mendapatkan rawatan segera.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata individu berkenaan berkemungkinan menghidap tuberculosis (tibi) dan Kerajaan Negeri menyediakan bantuan kewangan RM800.

"Kerajaan Negeri telah menyediakan inisiatif kesihatan khas rakyat Selangor iaitu bantuan kewangan RM800 bagi pesakit yang menjalani rawatan tuberkulosis

"Tibi sebenarnya boleh dijauhkan dan boleh dirawat. Pesakit yang berdisiplin dalam mengikuti nasihat dan rawatan doktor, tidak mustahil untuk komuniti maju ke arah era tanpa tibi," tulisnya di Facebook hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari pautan www.selangorprihatin.com/insentifrawatantibi atau hubungi pusat panggilan 24 jam ditalian 1800-22-6600

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta bagi meneruskan program Insentif Rawatan Tibi pada tahun ini dengan menyasarkan kira-kira 2,000 pesakit tibi bakal menerima rawatan.

Insentif itu bagi meringankan beban kos rawatan yang ditanggung selain memastikan pesakit melengkapkan semua sesi rawatan di hospital.

Pesakit boleh mendapatkan borang permohonan insentif itu di hospital dan klinik kerajaan atau pusat khidmat masyarakat.

Bayaran insentif dibuat menerusi tiga transaksi iaitu RM200 bagi dua bulan pertama, RM200 (dua bulan seterusnya) dan RM400 sehingga selesai rawatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619