AGENDA

UPM bangun portal khas untuk alumni, mudah kemas kini maklumat

2 Okt 2022, 12:13 AM
UPM bangun portal khas untuk alumni, mudah kemas kini maklumat
UPM bangun portal khas untuk alumni, mudah kemas kini maklumat
UPM bangun portal khas untuk alumni, mudah kemas kini maklumat

SERDANG, 2 OKT: Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunkan sebuah portal khas untuk alumninya mengemaskini maklumat semasa.

Naib Canselornya Dato’ Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman berkata Sistem Informasi Alumni (AIS) kendalian Pusat Perhubungan Alumni UPM dibangunkan selaras dengan era pendigitalan.

[caption id="attachment_542659" align="alignleft" width="461"] Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Dato' Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman berucap sempena Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11 di Dewan Besar UPM, Serdang pada 1 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

”Alumni merupakan kekuatan dan pemegang taruh terbesar kepada UPM. Menerusi portal ini, alumni boleh mendapatkan pelbagai maklumat terkini mengenai program dan aktiviti yang sedang dan bakal dijalankan.

“Setakat ini, jumlah keseluruhan alumni yang mendaftar menerusi sistem ini seramai 136,989 dengan 127,120 adalah alumni tempatan dan selebihnya antarabangsa. Di Selangor sahaja, alumni berdaftar mencecah 26,919 individu,” katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11 di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, malam tadi.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang juga Canselor UPM berkenan mencemar duli ke majlis tersebut.

[caption id="attachment_542658" align="aligncenter" width="690"] DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi oleh Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Dato' Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman (kanan) melihat Buku The Three Founding Faculties ''Spurring'' The Glories of UPM selepas melancarkan buku tersebut sempena Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming ke-11 di Dewan Besar UPM, Serdang pada 1 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Tambahnya, UPM bakal mempunyai kompleks bangunan alumni iaitu Alumni City yang dilengkapi kemudahan moden yang dirancang sendiri persatuan alumninya.

“Projek ini menyahut titah Tuanku Canselor yang menyarankan supaya Persatuan Alumni UPM menggerakkan projek sumbangan Alumni RM10 sebulan dan bergiat aktif bukan sahaja di peringkat nasional tetapi serantau.

“Selain itu, sebuah Menara Jam Warisan Budi UPM bakal dibina pada Januari depan dengan jumlah dana terkumpul lebih RM1.45 juta dan menjadi tanda baharu dan kebanggaan warganya,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619