AGENDA

Teliti penghakiman, segera fail rayuan keputusan kes Zahid Hamidi

24 Sep 2022, 2:45 PM
Teliti penghakiman, segera fail rayuan keputusan kes Zahid Hamidi

SHAH ALAM, 24 SEPT: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menggesa Jabatan Peguam Negara meneliti alasan penghakiman dan memfailkan rayuan terhadap keputusan kes rasuah Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketuanya Izuan Kasim dalam kenyataan memaklumkan tindakan segera perlu diambil jabatan berkenaan memandangkan kes itu melibatkan kepentingan awam dan rakyat.

"AMK Selangor mengambil pendirian dan menyeru rakyat untuk menghormati keputusan mahkamah berkaitan dengan 40 pertuduhan rasuah berkenaan sistem Visa Luar Negara (VLN) yang dihadapkan ke atas Ahmad Zahid," katanya.

Izuan menegaskan pihaknya akan terus komited dalam usaha untuk memerangi rasuah, golongan kleptokrat serta segala bentuk penyelewengan demi kemaslahatan tanah air yang tercinta.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan bekas timbalan perdana menteri itu daripada semua pertuduhan rasuah berkaitan VLN.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid, 69, di akhir kes pendakwaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619