AGENDA

Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor umum anggota sesi 2022-2025

22 Sep 2022, 9:03 AM
Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor umum anggota sesi 2022-2025

SHAH ALAM, 22 SEPT: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor mengumumkan pelantikan anggota bagi sesi 2022 hingga 2025.

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata pelantikan tersebut mendapat persetujuan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim menurut Fasal 27.5 perlembagaan parti.

Dalam senarai itu, Majlis Pimpinan dipengerusikan Dato' Seri Amirudin Shari, Timbalan Pengerusi Borhan Aman Shah dan tiga Naib Pengerusi Hee Loy Sian, Sivarasa Rasiah dan Rodziah Ismail.

"KEADILAN Selangor juga menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan bersama-sama anggota komponen parti yang lain.

"Di atas perlantikan itu, KEADILAN Selangor menyatakan kesediaan untuk memasuki pilihan raya umum ke-15 (PRU15)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khairuddin berkata KEADILAN Selangor akan memperhebat gerak kerja termasuk membantu rakyat ketika menghadapi musim tengkujuh yang dijangka hujung tahun ini.

"Sehubungan itu, seluruh cabang KEADILAN Selangor diarahkan untuk memasuki fasa terakhir persiapan jentera bagi menghadapi PRU15," katanya.

Berikut senarai penuh anggota MPN Selangor:

  • Dato' Seri Amirudin Shari (Pengerusi)
  • Borhan Aman Shah (Timbalan Pengerusi)
  • Hee Loy Sian (Naib Pengerusi 1)
  • Sivarasa Rasiah (Naib Pengerusi 2)
  • Rodziah Ismail (Naib Pengerusi 3)
  • Muhammad lzuan Ahmad Kasim (Naib Pengerusi - Ketua AMK)
  • Rozana Zainal Abidin (Naib Pengerusi - Ketua Wanita)
  • Mohd Khairuddin Othman (Setiausaha)
  • Elizabeth Wong (Bendahari)
  • Halimey Abu Bakar (Ketua Penerangan)
  • Saifuddin Shafi Muhammad (Setiausaha Pengelola)
  • Azmizam Zaman Huri (Pengarah Komunikasi)
  • Mohd Yahya Mat Sahri (Pengarah Operasi Pilihanraya)
  • Dr Yaakob Sapari (Pengarah Strategi)
  • Juwairiya Zulkifli (Ex-Officio)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619