AGENDA

KDEBWM tanam 500 pokok bakau di Hutan Simpan Kuala Bernam

8 Sep 2022, 12:10 AM
KDEBWM tanam 500 pokok bakau di Hutan Simpan Kuala Bernam

SHAH ALAM, 8 SEPT: KDEB Waste Management (KDEBWM) menanam sebanyak 500 pokok bakau di Teluk Rhu, Sungai Apong, Sabak Bernam yang terletak di Hutan Simpan Kuala Bernam semalam.

Aktiviti hasil kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membabitkan 60 kakitangan dan pegawai ketiga-tiga agensi.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEBWM, Ahmad Rizal Mohd Daud berkata inisiatif itu bertujuan memastikan kelestarian ekosistem selari dengan matlamat pembangunan mampan (SDG).

"Penanaman pokok bakau perlu dilaksanakan kerana pokok tersebut mampu berperanan untuk mencegah hakisan dan memelihara ekosistem demi kehidupan generasi akan datang.

"KDEBWM berbesar hati menyumbang pembelian sebanyak 500 anak pokok bakau dalam usaha merealisasikan program ini. Pokok bakau juga berperanan dalam memperkukuhkan dan memperkayakan sumber nutrien tanah yang penting untuk ekosistem," katanya.

Beliau berkata demikian pada program yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam Azman Dahlan; Pengarah LHDN Selangor Kamarudin Hashim dan Penolong Pengarah Kanan Seksyen Silvikultur Dan Perlindungan Hutan JPNS Gana Raj Katharayan.

Tambah Ahmad Rizal pihaknya turut meletakkan papan tanda larangan membuang sampah bagi memastikan kebersihan di kawasan hutan simpan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619