BERITA UTAMA

Atlet hargai insentif khas negeri, beri motivasi terus cemerlang

7 Sep 2022, 1:32 AM
Atlet hargai insentif khas negeri, beri motivasi terus cemerlang
Atlet hargai insentif khas negeri, beri motivasi terus cemerlang
Atlet hargai insentif khas negeri, beri motivasi terus cemerlang
Atlet hargai insentif khas negeri, beri motivasi terus cemerlang

KLANG, 7 SEPT: Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022, M Thinaah menyifatkan pemberian insentif khas kepada atlet memberi motivasi untuk terus cemerlang dalam sukan diceburi.

Pemain badminton yang menerima sebanyak RM23,000 berkata sumbangan itu menyemarakkan lagi semangatnya berlatih dalam menghadapi perlawanan akan datang.

[caption id="attachment_538940" align="alignleft" width="349"] Atlet badminton negara, M Thinaah[/caption]

"Buat masa ini, saya hanya fokus berlatih secara individu dalam meningkatkan prestasi diri sebelum ke perlawanan terbuka di Denmark dan Perancis bulan depan kerana pasangan cedera.

"Saya berharap pasangan beregu, Pearly Tan segera sembuh daripada kecederaan kerana itu paling penting. Tempoh pemulihan Pearly dijangka mengambil masa empat ke enam minggu," katanya.

Thinaah, 24, antara 28 atlet Selangor yang menerima insentif khas sebanyak RM92,900 selepas berjaya menyumbang pingat buat Kontinjen Malaysia dalam Sukan Sea Hanoi dan Sukan Komanwel Birmingham.

Pemberian sumbangan kepada kesemua atlet disempurnakan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Istana Alam Shah di sini semalam.

[caption id="attachment_538942" align="alignright" width="348"] Atlet ping pong negara Choong Javen[/caption]

Sementara itu, pemenang pingat perak di Sukan Komanwel bagi sukan ping pong, Choong Javen tidak menjangka menerima insentif bernilai RM13,000 kerana hanya memfokus kepada perlawanan sahaja.

"Saya tidak sangka tetapi gembira menerima insentif. Ketika perlawanan, saya hanya fokus kepada 'game' sahaja dan terkejut juga dapat sumbang pingat kepada negara.

"Pemberian insentif ini amat dihargai dan beri dorongan supaya terus bersungguh-sungguh pada perlawanan akan datang serta beri pingat emas kepada Malaysia," katanya.

[caption id="attachment_538945" align="alignleft" width="350"] Atlet olahraga negara Muhammad Ziyad Zolkefli[/caption]

Penyumbang pingat gangsa sukan olahraga di Sukan Sea, Muhammad Ziyad Zolkefli bersyukur kerana Kerajaan Negeri memberi insentif kepada atlet Selangor.

"Insentif ini serba sedikit memberi motivasi kepada atlet terus berjuang dalam sukan supaya lebih maju dalam sukan sekaligus mencapai ke peringkat lebih tinggi.

"Perancangan tahun ini selesai dan tiada 'game', hanya fokus kepada beberapa temasya besar pada tahun depan bermula Mei," katanya yang berasal dari Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619