AGENDA

Bayi bertali pusat tanpa pakaian ditinggal di gerai makan

3 Sep 2022, 1:52 AM
Bayi bertali pusat tanpa pakaian ditinggal di gerai makan

SHAH ALAM, 3 SEPT: Seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditinggalkan tanpa pakaian di gerai menjual makanan di sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah pagi semalam.

Ketua polis daerah Lahad Datu berkata bayi baru lahir itu ditemukan pemilik gerai berkenaan ketika hendak memulakan perniagaannya pada jam 7 pagi, lapor Harian Metro.

"Bayi itu dipercayai baru dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram dan ditemui di atas gerai jualan makanan tanpa sebarang pakaian.

"Bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Lahad Datu oleh ambulans bagi mendapatkan rawatan," kata Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian menghubungi talian hotline IPD Lahad Datu 089-881255 atau Inspektor Marlisa Maedika@ Mardeka di talian 016-2194554.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619