AGENDA

MB ucap tahniah kejayaan Aaron-Wooi Yik, hadiah manis sempena Hari Kebangsaan

28 Ogos 2022, 7:40 AM
MB ucap tahniah kejayaan Aaron-Wooi Yik, hadiah manis sempena Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 28 OGOS: Dato’ Menteri Besar mengucapkan tahniah atas kejayaan beregu badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meraih gelaran dunia, sebentar tadi.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata kejayaan tersebut bukan sahaja menamatkan penantian 45 negara dalam Kejohanan Badminton Dunia, malah lebih manis menjelang sambutan kemerdekaan.

"Tahniah gandingan beregu badminton negara Aaron Chia - Soh Wooi Yik menewaskan ‘The Daddies’ untuk menjadi Juara Dunia.

"Hadiah yang amat manis menjelang Hari Kebangsaan. Penantian 45 tahun buat Malaysia akhirnya berakhir. Malaysia boleh!," katanya di Facebook.

Aaron-Wooi Yik menamatkan penantian gelaran sulung Malaysia di pentas Kejohanan Badminton Dunia pada edisi ke-27 yang berlangsung di Tokyo, Jepun sebentar tadi.

Pasangan nombor satu negara itu muncul juara selepas menewaskan lawan yang pernah mereka temui ketika perlawanan penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619