AGENDA

MB: Selangor rangka pelan, tubuh jawatankuasa hadapi kelembapan ekonomi

26 Ogos 2022, 8:50 AM
MB: Selangor rangka pelan, tubuh jawatankuasa hadapi kelembapan ekonomi

SHAH ALAM, 26 OGOS: Kerajaan Negeri sedang merangka pelan sebagai persediaan menghadapi situasi kelembapan ekonomi yang diramal berlaku pada tahun hadapan.

Dato' Menteri Besar berkata pelan itu turut memfokuskan usaha menjana ekonomi rakyat seperti inisiatif yang diambil ketika negeri berdepan pandemik Covid-19.

"Buat masa ini, kita lihat ada beberapa simptom ke arah kelembapan ekonomi seperti peningkatan inflasi tidak terkawal di samping kegiatan ekonomi yang belum rancak sepenuhnya.

"Langkah diambil ini untuk menjana ekonomi rakyat seperti inisiatif ketika berlakunya pandemik Covid-19 contohnya bakul makanan, pakej rangsangan dan sebagainya," kata Dato' Seri Amirudin Shari, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan majlis pecah tanah Rumah Idaman Bukit Jelutong, di sini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad Raja Ahmad Shahrir Raja Salim.

Mengulas lanjut mengenai pelan itu, Amirudin berkata beliau sudah mengarahkan pihak berkaitan untuk menubuhkan jawatankuasa.

"Saya telah mengarahkan EXCO Pelaburan Dato' Teng Chang Khim, Unit Perbendaharaan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Dato’ Haris Kasim) membuat jawatankuasa untuk menilai kemungkinan berlakunya kelembapan ekonomi pada tahun depan.

"Jawatankuasa ini untuk merangka langkah-langkah yang boleh dibuat Kerajaan Negeri pada hari ini dan masa depan jika berlakunya kemungkinan yang dilaporkan ekonomi dunia," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619