AGENDA

Permaisuri Agong sokong pihak perjuang hak wanita, mahu suara didengari

25 Ogos 2022, 5:53 AM
Permaisuri Agong sokong pihak perjuang hak wanita, mahu suara didengari

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menggesa semua orang mendengar suara wanita yang memperjuangkan hak mereka.

Seri Paduka bertitah baginda secara peribadi akan terus menyokong mana-mana gerakan yang memperjuangkan hak wanita, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

"Ini semua tentang pemerkasaan wanita dan kesaksamaan gender. Adalah penting untuk mendengar wanita memperjuangkan hak mereka," titah Seri Paduka pada majlis sambutan Hari Wanita Kebangsaan hari ini.

Tunku Azizah juga memuji wanita kerana memainkan peranan penting di Malaysia, termasuk sebagai pendamai yang penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara ini.

Pada majlis anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) itu, Tunku Azizah turut melancarkan buku bertajuk 'Keberanian Pelopor NCWO' mengenai pengasas NCWO.

Majlis turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619