AGENDA

Usaha banteras jenayah rasuah perlu kerjasama semua kakitangan

25 Ogos 2022, 5:15 AM
Usaha banteras jenayah rasuah perlu kerjasama semua kakitangan
Usaha banteras jenayah rasuah perlu kerjasama semua kakitangan

SHAH ALAM, 25 OGOS: Usaha membanteras jenayah rasuah tidak seharusnya dibebankan kepada pengurusan syarikat semata-mata sebaliknya memerlukan kerjasama semua kakitangan.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor Ridzuan Abd Malik berkata setiap kakitangan juga perlu memastikan integriti terjamin dengan menolak sebarang unsur jenayah termasuk membuat tuntutan palsu.

"Amalkan tadbir urus yang baik dan bebas daripada amalan rasuah, tanggungjawab ini bukan semata-mata MBI (Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau bahagian pengurusan tetapi melibatkan semua.

"Sebolehnya, kita katakan tidak pada rasuah dan terlibat dalam sebarang bentuk jenayah berkaitannya contohnya seperti tuntutan palsu perjalanan dan kerja lebih masa," katanya ketika berucap dalam Majlis Ikrar Bebas Rasuah kakitangan Media Selangor Sdn Bhd di sini, hari ini.

Bertempat di Auditorium Dato' Seri Harun Idris Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), seramai 85 kakitangan Media Selangor yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree melafaz ikrar tersebut.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek.

[caption id="attachment_537248" align="aligncenter" width="700"] Kakitangan Media Selangor Sdn Bhd membaca ikrar ketika Majlis Ikrar Bebas Rasuah syarikat berkenaan di Auditorium Dato' Seri Harun Idris, Shah Alam pada 25 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619