AGENDA

Tiada insiden air keruh di Sungai Batang Kali, henti tugas tidak jejas bekalan

24 Ogos 2022, 3:16 AM
Tiada insiden air keruh di Sungai Batang Kali, henti tugas tidak jejas bekalan

SHAH ALAM, 24 OGOS: Siasatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Loji Rawatan Air (LRA) Batang Kali mendapati sungai dalam keadaan baik dan tiada insiden air keruh dikesan.

Agensi tersebut dalam kenyataan menjelaskan pensampelan air yang dibuat juga mencatatkan bacaan normal dengan tiada sebarang aliran dilepaskan ke sungai berhampiran.

"LUAS telah menjalankan siasatan di LRA Batang Kali bagi memantau keadaan air sungai di muka sauk tersebut dan mendapati keadaan air sungai berada dalam keadaan normal serta tiada kekeruhan.

"Pensampelan yang turut dilakukan oleh pihak LUAS mencatatkan bacaan baik," jelasnya di Facebook susulan henti tugas sementara LRA tersebut akibat kekeruhan air mentah tengah malam tadi.

Menurut LUAS, siasatan ke hulu Sungai Tamu mendapati terdapat projek pembukaan tanah oleh sebuah premis dan mengesan aliran keruh keluar daripada kolam tadahan di situ.

Bagaiamanpun, siasatan agensi berkenaan yang diteruskan ke hulu Sungai Batang Kali hingga pertemuan Sungai Kedondong mendapati kedua-duanya dalam keadaan baik dan normal.

"LUAS akan memantau pematuhan aktiviti kerja tanah berkaitan dan tindakan kompaun kepada premis berkaitan jika berlaku ketidakpatuhan yang disyaki menjadi punca henti tugas sementara LRA Batang Kali ekoran insiden kekeruhan sumber air mentah.

"Pemantauan rapi dari semasa diteruskan oleh LUAS bersama pihak-pihak terlibat bagi memastikan sumber air Selangor terpelihara," kata agensi tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619