AGENDA

MB: 600 keluarga bebas status asnaf, LZS terus rancak agih bantuan 

22 Ogos 2022, 3:47 AM
MB: 600 keluarga bebas status asnaf, LZS terus rancak agih bantuan 
MB: 600 keluarga bebas status asnaf, LZS terus rancak agih bantuan 

SHAH ALAM, 22 OGOS: Seramai 600 keluarga berjaya keluar daripada senarai asnaf antara Januari hingga Jun lalu dan tidak lagi memerlukan bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut Dato' Menteri Besar, agensi itu turut memperuntuk RM69.3 juta tahun lalu menerusi program Zakat Selangor Peduli yang menyediakan 19 inisiatif bantuan.

Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan usaha itu berjaya memanfaatkan hampir 60,000 penduduk dan lebih 400 institusi yang memerlukan di negeri ini.

"Usaha ini selari dengan aspirasi negeri penyayang. Moga dipermudahkan kehidupan para pembayar zakat," katanya di Facebook hari ini.

Beliau memaklumkan LZS sedang membuat kajian untuk menaikkan elaun asnaf mengikut kadar had kifayah dengan membuat pemerhatian teliti bagi mengimbangi pelbagai faktor.

"Agenda kebajikan sentiasa diutamakan di negeri ini agar nasib setiap rakyat terjaga," kata Amirudin lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619