PBT

Sembilan pasukan berentap rebut gelaran juara pemuzik jalanan MPAJ

21 Ogos 2022, 2:32 AM
Sembilan pasukan berentap rebut gelaran juara pemuzik jalanan MPAJ

SHAH ALAM, 21 OGOS: Sebanyak sembilan pasukan menyertai pertandingan pemuzik jalanan (busking) anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sempena kempen Jalur Gemilang semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu di Facebook berkata peserta tidak dikenakan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM30 seperti yang ditetapkan pada peringkat awal.

Juara dimenangi oleh pasukan 16 Project diikuti B'zy Buskers di tempat kedua selain mendapat hadiah persembahan terbaik serta Rouie Friends di tempat ketiga.

MPAJ sebelum ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM1,000 kepada juara pertandingan hiburan jalanan selain menerima trofi.

Program yang diadakan di Lorong Ampang Mampan (SDGs), Jalan Mamanda 1, Ampang turut menyediakan hadiah sagu hati RM200 kepada pemenang tempat keempat hingga ke-10.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619