AGENDA

Abang gantung diri selepas bunuh adik dalam pergaduhan

18 Ogos 2022, 6:53 AM
Abang gantung diri selepas bunuh adik dalam pergaduhan

IPOH, 18 OGOS: Dua beradik ditemukan maut selepas dipercayai bertengkar dalam satu kejadian di Jalan Mohamed Naseh, di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 10 pagi berhubung kejadian tersebut dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di sebuah rumah, didapati seorang lelaki terbaring berlumuran darah di dapur dengan kesan tikaman manakala seorang lagi lelaki berada di luar rumah (dalam keadaan tergantung). Siasatan awal mendapati, kedua-duanya merupakan adik-beradik yang telah bertengkar di rumah itu.

“Isteri kepada lelaki pertama (adik) dipercayai cuba menenteramkan keadaan sehingga luka pada ibu jari tangan kanannya. Kami masih melakukan siasatan untuk mengetahui punca insiden pergaduhan. Menurut saksi, mereka kerap dengar kejadian pergaduhan di rumah ini,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan juga mendapati suspek, 70, yang bekerja sebagai pemandu teksi dipercayai bertengkar dan kemudian menikam adiknya, 67, seorang pesara, sebelum menggantung diri di luar rumah dan pihaknya turut menjumpai pisau kecil yang berada berdekatannya.

“Sewaktu kejadian, ada beberapa ahli keluarga. Keterangan akan direkodkan untuk tujuan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dan menambah mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619