AGENDA

Kanak-kanak lelaki enam tahun rentung rumah terbakar

15 Ogos 2022, 2:10 AM
Kanak-kanak lelaki enam tahun rentung rumah terbakar

SHAH ALAM, 15 OGOS: Seorang kanak-kanak lelaki rentung manakala lima lagi melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Perpaduan, Kinabatangan tengah malam tadi.

Mangsa rentung dikenali Mohd Adlinsyah Mohd Adsni, 6, sementara yang lain merupakan ibu bapa dan adik-beradik mangsa berusia antara tiga hingga 43 tahun, lapor Berita Harian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.40 tengah malam dan enam anggota dihantar ke lokasi.

"Selepas api dikawal jam 2.04 pagi, pemeriksaan menemukan seorang kanak-kanak rentung di bilik. Lima lagi mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dilaporkan melecur lima hingga 70 peratus di badan.

"Semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Kinabatangan dan mayat mangsa rentung diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya menambah punca kebakaran masih dalam siasatan.

Menurut Nurul Azlan, sebuah motosikal turut musnah dan rumah berkenaan hangus sepenuhnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619