AGENDA

Kementerian pertanian arah henti operasi tunda kereta di Maeps

8 Ogos 2022, 10:59 AM
Kementerian pertanian arah henti operasi tunda kereta di Maeps

PUTRAJAYA, 8 OGOS: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengarahkan pihak pengurusan acara Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 untuk menghentikan semua operasi tunda kereta di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang berkuat kuasa serta merta.

MAFI mengeluarkan kenyataan mengenainya hari ini susulan laporan media berkenaan kereta pengunjung ditunda dan disaman RM100 tanpa notis di MAHA 2022 semalam.

Menurut MAFI, operasi tunda kereta dibuat bagi memastikan aliran trafik dan lalu lintas berjalan dengan lancar, serta membantu kelancaran sistem parkir di setiap kawasan parkir dalam MAEPS bagi mengelakkan aliran trafik menjadi sesak apabila terdapat kenderaan yang menghalang kenderaan lain.

MAFI berkata kenderaan awam perlu diletakkan di tempat yang disediakan dan terdapat 5,000 lot parkir kereta disediakan di Laman Tiba 1 dan 3,500 lot parkir di Laman Tiba 2 bagi kemudahan pengunjung.

"Pengunjung turut dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan bagi mengelak sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya dan menyebabkan kesesakan," katanya.

MAHA 2022 dianjurkan selama 11 hari bermula 4 Ogos lepas, menyaksikan penyertaan lebih 1,500 reruai pempamer, dengan sasaran lebih sejuta pengunjung dan RM250 juta potensi nilai jualan.

Setakat semalam, jumlah pengunjung MAHA 2022 yang direkodkan adalah seramai 404,000 orang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619