AGENDA

Buah naga jenis baharu 'Pink Ruby' ditanam meluas di Sepang

6 Ogos 2022, 2:00 PM
Buah naga jenis baharu 'Pink Ruby' ditanam meluas di Sepang

SERDANG, 6 OGOS: Selangor memperkenal satu lagi jenis atau varieti baharu buah naga dikenali "Pink Ruby" yang ditanam atas tanah seluas 10 ekar di Batu Satu, Sepang.

EXCO pertanian dan industri asas tani berkata kemunculan genetik baharu itu menjadikan negeri ini memiliki empat varieti buah naga termasuk merah, putih dan kuning.

Menurut Ir Izham Hashim, permohonan bagi mendaftar varieti buah tersebut dibuat hari ini dengan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk mendapat pengesahan.

“Buah naga berbentuk bujur ini mempunyai berat antara 600 hingga 700 gram, kemanisan 17 hingga 18 peratus manakala kulit berwarna merah pucat dan isi merah jambu (light pink).

“Kulitnya lebih tebal berbanding buah naga isi merah dan sisik lebih kasar tetapi isinya lembut tidak seperti buah naga putih,” katanya ditemui di Pavilion Selangor di sini hari ini.

Ditemui pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, beliau berkata Kerajaan Selangor berhasrat memperluas tanaman buah itu dengan menumpukan daerah Sepang.

Ir Izham juga percaya buah naga jenis itu mempunyai nilai eksport yang tinggi jika diusahakan dengan baik sejajar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA).

“Produk ini boleh dipromosi secara meluas, namun buat masa ini hanya diusahakan sebuah syarikat iaitu Hong Long International Group Sdn Bhd.

“Kita mahu jadikan Sepang sebagai daerah yang boleh menghasilkan banyak buah naga berkualiti, apatah lagi ia buah bukan bermusim. Jadi kita kena buat perancangan rapi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619