PBT

MPKS anjur Hari Kelip-kelip Sedunia, pelbagai program disedia

4 Ogos 2022, 8:35 AM
MPKS anjur Hari Kelip-kelip Sedunia, pelbagai program disedia
MPKS anjur Hari Kelip-kelip Sedunia, pelbagai program disedia

SHAH ALAM, 4 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menganjurkan Hari Kelip-kelip Sedunia di Santuari Kelip-kelip Kampung Kuantan Sabtu ini.

Program yang bermula jam 8 pagi hingga 4 petang menyediakan pelbagai aktiviti seperti taklimat berkaitan kelip-kelip, pameran serangga selain aktiviti yang menghiburkan lain.

Sambutan Hari Kelip-kelip Sedunia merupakan sebahagian program Karnival Kuala Selangor 2022 yang akan berlangsung di tujuh lokasi mulai esok sehingga Ahad.

Karnival sepanjang tiga hari itu turut menyediakan beberapa aktiviti antaranya 'river cruise', pesta udang galah dan pertandingan memancing.

Selain itu terdapat pertandingan lukisan dan arca, memasak, mewarna serta bercerita selain cabutan bertuah menanti pengunjung yang hadir.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619