AGENDA

Jurulatih penerbangan cedera nahas pesawat dipindah ke hospital di Selangor

3 Ogos 2022, 8:24 AM
Jurulatih penerbangan cedera nahas pesawat dipindah ke hospital di Selangor

IPOH, 3 OGOS: Jurulatih penerbangan yang terselamat dalam insiden pesawat terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini pada Isnin lepas, telah dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Damansara, Selangor hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, yang mengalami kecederaan dan kini berada dalam keadaan stabil, dipindahkan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh ke hospital lain untuk menerima rawatan lanjut atas permintaan keluarga mangsa.

"Difahamkan mangsa akan menjalani pembedahan pada hari ini," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam insiden kira-kira 8 malam Isnin itu, jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor maut manakala Muhammad Din dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera, dengan kedua-dua jurulatih penerbangan tersebut dilaporkan berlepas dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran sebelum kejadian berlaku.

Jenazah Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma di Semenyih semalam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619