AGENDA

41 mangsa banjir Baling ditempatkan di dua pusat pemindahan

3 Ogos 2022, 5:20 AM
41 mangsa banjir Baling ditempatkan di dua pusat pemindahan

ALOR SETAR, 3 OGOS: Seramai 41 mangsa banjir membabitkan 12 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling sehingga pukul 8 pagi tadi.

Ketua Sekretariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa rumah di lima kampung di daerah itu dinaiki air.

"Lima kampung yang terlibat ialah Kampung Rambong Batu, Kampung Bendang Sera, Kampung Jernang, Kampung Seratus dan Kampung Tanjung Langsat.

"Seramai 24 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Habsah manakala 17 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Tun Abdul Razak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata keadaan cuaca di Baling setakat ini mendung.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619