AGENDA

Lebih RM4 juta rugi akibat pinjaman ah long sejak Januari

28 Jul 2022, 4:35 AM
Lebih RM4 juta rugi akibat pinjaman ah long sejak Januari

SHAH ALAM, 28 JULAI: Sebanyak 506 kes penipuan pinjaman wang tidak berlesen atau ah long direkodkan antara Januari hingga Jun tahun ini dengan nilai kerugian lebih RM4.28 juta.

Daripada jumlah itu, angka tertinggi dicatatkan di Johor dengan 86 kes atau 17 peratus daripada keseluruhan kes, maklum Timbalan Menteri Dalam Negeri 1.

Menurut Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, pelbagai tindakan dibuat antaranya penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian, tangkapan dan mendakwa mereka yang terlibat.

"Sepanjang tempoh kajian Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 744 tangkapan dibuat dan 241 pertuduhan dilaksanakan," katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Ismail memaklumkan sebanyak 89,798 kes penipuan jenayah dalam talian dengan nilai kerugian hampir RM3 bilion direkodkan antara 2017 hingga Jun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619