AGENDA

Bayi lelaki lapan bulan maut, jururawat direman tujuh hari

26 Jul 2022, 7:41 AM
Bayi lelaki lapan bulan maut, jururawat direman tujuh hari

SHAH ALAM, 26 JULAI: Seorang jururawat direman tujuh hari susulan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan dalam kejadian di Sungai Siput, Perak semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata suspek yang juga ibu kandung mangsa ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Berita Harian.

"Proses bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati ada kesan kecederaan pada beberapa bahagian badan mangsa akibat objek tumpul.

"Mangsa adalah anak tunggal dan tinggal bersama ibunya yang bercerai sejak enam bulan lalu," katanya.

Menurut Mior lagi, wanita berusia 30 tahun itu direman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut jika ada individu lain terbabit dalam kes berkenaan.

Semalam, mangsa yang tidak sedarkan diri selain mempunyai mempunyai kesan kecederaan di badan menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Siput.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619